Haramkah Merokok?



Mungkin masih ramai di kalangan kita yang masih belum tahu akan hal ini, mungkin sbb itu jugalah aktiviti merokok masih berleluasa di Malaysia. (Penulis cuba bersangka baik kepada para perokok walaupun kebanyakan mereka mengetahui merokok itu haram)

Merokok itu haram! Hal ini amat jelas sebenarnya, kita sendiri boleh memikirkan baik buruk hasil amalan merokok. Ada juga sebilangan perokok tegar yang mempertikaikan pengharaman amalan merokok dan menyatakan merokok juga ada kebaikannya (membantu ekonomi negara, menenangkan fikiran, dan lain - lain). Kenyataan ini jelas sekali tidak wajar, jika keburukan mengatasi kebaikan, apakah masih perlu dipersoalkan hakikat ini?.

Cuba anda fikirkan sejenak, daging babi diharamkan tiada orang yang memakannya. Mengapa apabila rokok diharamkan masih ramai yang merokok. Bukankah hukumnya sama, yang haram tetap haram. Malah ramai perokok tahu merokok itu merbahaya. Namun mereka masih merokok. Pelik. Ia bukan sahaja hanya melibatkan diri perokok itu sendiri malah orang sekeliling juga akan terkesan. 

Sebab Islam Mengharamkan Rokok.

1. Menjejaskan mental (akal) dan kesihatan fizikal.
2. Membahayakan kesihatan orang lain dan diri sendiri.
3. Merosakkan keturunan
4. Mencetus kepada perilaku buruk.
5. Mensia2kan waktu.
6. Mengandungi bahan2 berbahaya.
7. Membazirkan harta.
8. Tanda kufur atas nikmat pemberian Allah.

Firman Allah s.w.t yg bermaksud:

"Iaitu orang-orang Yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi Yang Ummi, Yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di Dalam Taurat dan Injil Yang ada di sisi mereka. ia menyuruh mereka Dengan perkara-perkara Yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara Yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka Segala benda Yang baik, dan mengharamkan kepada mereka Segala benda Yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu Yang ada pada pada mereka. maka orang-orang Yang beriman kepadaNya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut Nur (cahaya) Yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang Yang berjaya. (Al-A’raf : 157)

“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke Dalam bahaya kebinasaan(dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya Segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berusaha memperbaiki amalannya.”(Al-Baqarah ayat 195)

Fatwa pengharaman rokok:

- Selasa, 14 Safar 1435 A.H.

No comments:

Post a Comment