“Nothing can be loved or hated unless it is first understood.”
Jika di fahami kata - kata di atas, amat jelas kepada kita bahawa pemahaman itu penting. Sebab itu kita sering diingatkan supaya sentiasa membaiki niat untuk belajar. Kenapa? Supaya timbul minat dalam pembelajaran. Takkan mungkin ilmu yg dipelajari atas dasar paksa akan memberikan kebaikan. Sering dikisahkan ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah, tetapi bagaimana dengan ilmu tanpa kefahaman. Pastinya sesat.
Saya sering lihat, pastinya anda pun sedar ramai di kalangan pelajar kini hanya sibuk menghafal bagi menghadapi peperiksaan. Ini merupakan keadaan yang sangat - sangat membimbangkan. Mana mungkin kita mampu menghasilkan golongan bijak pandai setanding dengan para ilmuan Islam dahulu kala jika amalam ini diteruskan. Lihat saja Ibnu Sina, yang di gelar "bapa perubatan dunia", tidak mungkin beliau hanya menghafal ilmu terdahulu.
Sebab itu saya sering berpesan " Sertakan hati ketika belajar, biar faham dahulu. Nanti hafal akan datang kemudian"
- Isnin, 13 Safar 1435 A.H.

No comments:
Post a Comment